Keluarga Aminurasyid Mahu Suruhanjaya Diraja, Karpal Dilantik Peguam

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rakan remaja yang mati terkena tembakan polis, Azamudin Omar (kanan) ketika sidang media mengenai kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah,15, di rumah keluarga mangsa di Seksyen 11, di sini hari ini. Turut kelihatan (dari kiri) kakak Allahyarham Norazura Amzah, Ibu Allahyarham Norsiah Mohamad dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Monaliza Mokhtar. Aminulrasyid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini, pada awal Isnin pagi lepas.-Foto BERNAMA.
Rakan remaja yang mati terkena tembakan polis, Azamudin Omar (kanan) ketika sidang media mengenai kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah,15, di rumah keluarga mangsa di Seksyen 11, di sini hari ini. Turut kelihatan (dari kiri) kakak Allahyarham Norazura Amzah, Ibu Allahyarham Norsiah Mohamad dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Monaliza Mokhtar. Aminulrasyid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini, pada awal Isnin pagi lepas.-Foto BERNAMA.

SHAH ALAM: Keluarga kepada remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati akibat terkena tembakan polis pada 26 April lepas, mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai insiden berkenaan.

Bapa saudara Aminulrasyid, Kamarudin Hassan, 45, yang bercakap bagi pihak keluarga itu berkata suruhanjaya itu diharap akan menjalankan siasatan secara bebas dan telus.

"Kami menghargai kesudian Menteri Dalam Negeri menubuhkan satu panel khas bagi memantau siasatan tersebut supaya penyiasatan dijalankan secara adil dan telus, tetapi kami berpendirian dan inginkan Suruhanjaya Diraja yang lebih meluas dan komprehensif," katanya kepada pemberita di rumah keluarga Aminulrasyid di Seksyen 11 di sini semalam.

Turut hadir ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad dan dua peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N.Surendran dan Latheefa Koya.

Dalam kejadian pada 2 pagi Isnin lepas, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sejauh enam kilometer dikatakan dipandu agak laju sebelum terbabas di Seksyen 11 itu.

Rakan remaja itu sempat melarikan diri. Satu panel khas yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Pelbagai pihak seperti Majlis Peguam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan polis dilaporkan mahu inkues dijalankan berhubung kes berkenaan.

Surendran berkata keluarga itu mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan hasil siasatan dan cadangan hendaklah didedahkan kepada umum.

"Suruhanjaya diraja mempunyai kuasa amat luas dan ia boleh saman saksi dan membuat syor kepada kerajaan berhubung insiden itu," katanya.

Sementara itu, saksi utama yang merupakan rakan kepada Aminulrasyid yang berada bersama remaja itu ketika kejadian, mendakwa seramai lima anggota polis bertindak mengheret beliau dari kereta yang dinaikinya itu selepas terbabas dan menyerangnya.

Beliau menunjukkan kepada media kesan luka yang dikatakan dialaminya di tangan kanannya ekoran serangan itu.

DI KUALA LUMPUR, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata beliau telah dilantik oleh keluarga Aminulrasyid bertindak bagi pihak mereka dalam semua prosiding dan urusan undang-undang berhubung kematian remaja itu.

"Saya telah diambil untuk bertindak bagi pihak ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, dalam semua perkara yang timbul dari kematian anaknya, termasuk memulakan prosiding undang-undang terhadap polis dan Kerajaan Malaysia - sivil dan jenayah. "Saya harap polis akan berikan segala kerjasama kepada saya demi menentukan keadilan. Kepentingan awam menuntut ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini sambil menunjukkan surat pelantikannya itu.

Beliau berkata ibu Aminulrasyid telah memberitahunya mengenai keputusan keluarga itu petang semalam, bagaimanapun beliau terbuka kepada sebarang bantuan dan tidak ada masalah bertugas dengan peguam-peguam lain.

"Saya satu-satunya peguam yang telah dilantik oleh keluarga berkenaan tetapi saya sedia bekerja dengan sesiapa saja termasuk peguam N. Surendran yang telah bercakap bagi pihak keluarga itu sejak insiden tersebut," kata beliau.

Karpal berkata, panel khas yang telah dibentuk berikutan kejadian itu diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof, untuk mengenal pasti apa sebenarnya berlaku dalam insiden itu, hendaklah dibubarkan serta merta.

Beliau berkata oleh kerana insiden itu diklasifikasi sebagai bunuh, tidak timbul soal mengadakan inkues atau panel dibentuk bagi menyiasat hal-hal yang membawa kepada kematian remaja itu.

Karpal berkata beliau akan menulis kepada Peguam Negara mengenai menjalankan siasatan adil dan menyeluruh dan akan menjadi peguam pemerhati semasa prosiding mahkamah.

"Begitu juga, adalah salah bagi Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mempertahankan pegawai-pegawainya secara terbuka oleh kerana ini akan menjejas siasatan... beliau tidak boleh membuat pra-pengadilan, bukan tugas beliau berbuat demikian. "Tetapi saya sokong penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bahawa tidak harus ada percubaan menutup sesuatu dan siasatan mesti terbuka dan telus oleh kerana ini yang dituntut orang ramai," katanya, dan menambah, beliau akan melawat tempat kejadian esok bersama keluarga berkenaan.

Karpal berkata, menugaskan empat anggota polis berkenaan kepada tugas-tugas pejabat adalah tidak kena sedangkan mereka sewajarnya digantung dari tugas hingga siasatan selesai. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan