Jalan Persekutuan Sentiasa Diselenggara

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa melaksanakan tindakan proaktif bagi memastikan jalan persekutuan di seluruh negara diselenggara dengan baik dan selamat untuk kegunaan orang ramai.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kementerian itu melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa melakukan audit kualiti penyelenggaraan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi jalan supaya mengikut jadual dan berkualiti.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Zaitun Mat yang bertanya kenapa penyelenggaraan jalan persekutuan di banyak kawasan kurang memuaskan serta tidak setanding dengan jalan bertol yang diuruskan oleh syarikat konsesi lebuh raya.

Shaziman memberitahu sepanjang 16,500 kilometer jalan persekutuan di seluruh negara yang diselenggara oleh JKR berbanding hanya 1,630 kilometer jalan bertol yang diselenggara oleh syarikat konsesi.

"Penyelenggaraan lebuh raya bertol dibuat berdasarkan keadaan sebenar di tapak dan perbezaan kadar pusingan penyelengaraan dengan lebuh raya bertol tentulah ada perbezaan dari segi kualiti penyelenggaraan dengan jalan-jalan persekutuan," katanya.

Beliau berkata, selain menyelenggara jalan sedia ada, kerajaan juga akan terus membina jalan baru di seluruh negara kerana infrastruktur tersebut merupakan aset negara yang bernilai.

"Kita harus terus membina jalan-jalan baru untuk mewujudkan bandar-bandar baru selain mempromosi kawasan pelancongan dan pada masa yang sama kawasan pertanian terus dibangunkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan