Dewan Negara Tolak Usul Bahas Isu Aminulrasyid

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini menolak usul Senator Dr S. Ramakrishnan bagi membincangkan tragedi remaja yang ditembak polis, Aminulrashid Amzah, 15, di Shah Alam, Selangor pada 26 April lepas.

Speaker Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, usul yang dikemukakan mengikut peraturan Mesyuarat 17 (1) berkenaan ditolak kerana ia perkara yang tidak perlu disegerakan dan masih dalam siasatan polis.

"Setelah meneliti inti pati dengan terperinci usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu, saya berpendapat usul yang dibawa oleh Yang Berhormat itu adalah satu perkara tertentu.

"Usul yang dibawa itu ada tiga inti pati iaitu satu perkara tertentu, boleh diterima, berkepentingan ramai, boleh diterima namun saya berpendapat ia tidak perlu disegerakan untuk menangguhkan dewan," katanya.

Beliau berkata, alasan bagi penolakan usul tersebut dibuat berikutan, pertama, kes tersebut masih dalam penyiasatan secara terperinci oleh polis dan polis telah menubuhkan unit penyiasat dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus dan adil.

"Kedua, Kementerian Dalam Negeri juga sendiri telah menubuh sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk memantau kes berkenaan tanpa menyembunyikan sebarang fakta dan perkara-perkara lain.

"Ketiga, kerajaan juga memandang serius kejadian berkenaan di mana jemaah menteri turut menzahirkan rasa simpati ke atas kejadian malang yang menimpa adik Aminulrashid itu. Oleh perkara ini tidak perlu disegerakan, mengikut peraturan Mesyuarat 17 (2), saya menolak usul yang dikemukakan Yang Berhormat itu," katanya.

Aminulrashid yang mati ditembak didakwa cuba merempuh polis dalam kejadian pada Isnin minggu lepas itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan