Segera Dapatkan Pelalian Vaksin H1N1 Jika Ada Faktor Risiko - Berita Semasa | mStar

Segera Dapatkan Pelalian Vaksin H1N1 Jika Ada Faktor Risiko

Diterbitkan: Isnin, 3 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menggesa orang awam yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 dengan segera.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata orang ramai boleh mendapatkan pelalian vaksin berkenaan di 104 fasiliti kementerian di seluruh negara.

"Majoriti kematian yang dikaitkan dengan jangkitan virus H1N1 melibatkan mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko itu. Mereka ini mudah mengalami komplikasi penyakit sedia ada atau jangkitan bakteria sekunder yang menyebabkan sepsis dan boleh membawa maut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 35 kes baru yang disahkan Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga pukul 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes setakat ini ialah 13,744.

Beliau berkata jumlah kes ILI (Penyakit Serupa Influenza) yang masih dirawat dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 592 kes, dengan 12.8 peratus atau 76 kes disahkan positif influenza A(H1N1).

"Bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah tujuh kes di mana lima daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.

"Sehingga pukul 8 pagi ini, kementerian tidak menerima kejadian kluster baru ILI. Tiada laporan kematian diterima menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini kekal 81 orang," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan