Pengeluaran Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan Akan Dikawal

Diterbitkan: Isnin, 3 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mengawal sepenuhnya pembuatan nombor plat kenderaan supaya ia seragam mengikut piawaian serta mencegah kegiatan pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata plat nombor kenderaan yang kini dibuat oleh kedai aksesori tanpa kawalan menyebabkan ketidakseragaman dan tidak mematuhi spesifikasi.

"Cadangan ini bukan untuk membebankan rakyat," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada sidang Dewan Negara hari ini.

Katanya kerajaan belum lagi menetapkan kaedah perlantikan pembekal bagi perolehan perlaksanaan plat nombor pendafataran seragam itu.

Selain itu, Ong berkata Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan kesalahan lalu lintas akan dilaksanakan secara berperingkat dan diharap dapat mengubah sikap pemandu supaya lebih berhemah dan berhat-hati ketika di jalan raya.

Sistem AES ini bertujuan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan meningkatkan kesedaran konsep "tanggapan akan ditangkap" (POBC) daripada 25 peratus pada masa ini kepada sekurang-kurangnya 85 peratus.

"Pada masa ini, kadar kemalangan jalan raya adalah pada indeks 3.6 bagi setiap 10,000 kenderaan dan 23.5 bagi setiap 100,000 orang penduduk.

"Berdasarkan kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) peningkatan POBC kepada 75 peratus sudah memadai untuk mengubah tingkah laku pemandu sebanyak 85 peratus," katanya.

Ong berkata setakat ini sebanyak 831 lokasi sering berlaku kemalangan akan dipasang sistem AES merangkumi 566 lokasi pelanggaran had laju dan 265 lokasi persimpangan lampu isyarat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan