Empat Lagi Kes Baru Influenza A (H1N1) Dikesan

Diterbitkan: Isnin, 3 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat lagi kes positif Influenza A(H1N1) yang terbaru dikesan di Ukay Perdana, Ampang sehingga pukul 8.30 pagi ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata, tiga pesakit dari taman perumahan itu dimasukkan ke hospital swasta manakala seorang lagi diberi rawatan sebagai pesakit luar, dan kesemua mereka diberikan rawatan anti viral.

"Ini menjadikan jumlah terkumpul kes tersebut setakat ini 13,748 orang," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau menggesa orang awam yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 dengan segera.

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan pelalian vaksin berkenaan di 104 fasiliti kementerian di seluruh negara.

"Majoriti kematian yang dikaitkan dengan jangkitan virus H1N1 melibatkan mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko itu. Mereka ini mudah mengalami komplikasi penyakit sedia ada atau jangkitan bakteria sekunder yang menyebabkan sepsis dan boleh membawa maut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan