Waspada Ejen Telefon Bimbit Tidak Dilantik Syarikat - Fomca

Diterbitkan: Ahad, 2 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gabung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengingatkan pengguna supaya berhati-hati apabila membeli telefon bimbit canggih berikutan semakin banyak aduan diterima mengenai ejen yang enggan bertanggungjawab walaupun produk masih dalam tempoh waranti.

Setiausaha Agungnya Muhammad Shaani Abdullah berkata dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan Fomca (NCCC) menerima 124 aduan daripada pelanggan yang ejen enggan membaiki telefon mereka walaupun masih dalam tempoh waranti.

"Trend ini membimbangkan dan pengguna perlu berhati-hati apabila membeli telefon bimbit," katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata keadaan itu timbul kerana syarikat pengeluar tidak peduli siapa yang menjual produk mereka ejen dilantik atau tidak dilantik - asalkan mereka meningkatkan jualan.

"Dalam keadaan sebegitu, banyak ejen yang tidak dilantik menjual set telefon bimbit dengan harga lebih murah kerana mereka tidak perlu mematuhi syarat waranti," katanya.

Muhammad Shaani menggesa syarikat pengeluar telefon bimbit supaya lebih beretika dan hanya berurusan dengan ejen yang dilantik syarikat bagi menjaga kepentingan pengguna.

Pengguna juga sepatutnya hanya berurusan dengan ejen yang dilantik syarikat sahaja.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan