Tidak Adil Label Perkasa Rasis - Puad - Berita Semasa | mStar

Tidak Adil Label Perkasa Rasis - Puad

Diterbitkan: Ahad, 2 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata adalah tidak adil Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilabel sebagai pertubuhan bersifat perkauman hanya kerana ia mempertahankan kedaulatan Perlembagaan.

Katanya apa yang diperjuangkan pertubuhan itu bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan atau 'mencuri' hak mana-mana pihak sebaliknya memperjuangkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

"Perkasa bukan rasis...tidak ada rasis dalam kamus budaya orang Melayu, rasis hanya berlaku di barat kerana kita tidak pernah melakukan penghapusan etnik.

"Bila Perkasa mempertahankan ketuanan Melayu, ia sebenarnya soal megah bangsa, soal maju bangsa dan bangga bangsa," katanya semasa berucap melancarkan Tabung Pendidikan dan Kebajikan Jaguh Care di sini, malam tadi.

Penubuhan tabung tersebut oleh Kelab Jaguh bertujuan membantu penduduk Pasir Mas, Kelantan yang bermastautin di luar negeri itu, terutama dalam soal pendidikan dan kebajikan.

Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata terdapat juga pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang mempertahankan dan memperjuangkan apa yang mereka kehendaki, namun tiada pihak yang melabelkan pertubuhan tersebut sebagai rasis.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis pelancaran itu, Puad berkata tuduhan yang dilemparkan sesetengah pihak mengatakan UMNO sebuah parti rasis sehingga menyebabkan peratusan pengundi Cina menurun pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April lalu, adalah tidak tepat.

Katanya keadaan itu berlaku kerana mereka lebih banyak terpengaruh dengan isu-isu perkauman yang banyak dibangkitkan oleh parti DAP.

"Barangkali kerana kekeliruan tersebut banyak pengundi Cina beralih kepada (calon) Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu (Datuk) Zaid Ibrahim," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan