Berlaku Adil Kepada Polis - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 2 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan.

Beliau berkata, isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, pada Isnin lalu tidak perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap pasukan polis.

"Satu Panel Memantau Siasatan Polis terhadap kes itu akan dibuat dan saya memberi jaminan pelantikan itu nanti akan mempertimbangkan mereka yang benar-benar bebas.

“Kita simpati terhadap apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama, ia perlu melalui proses keadilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat 30 cawangan UMNO Bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan, dekat sini hari ini.

Hishamuddin berharap menerusi pelantikan panel itu kelak, ia akan dapat memantau siasatan yang dilakukan berhubung kes berkenaan bagi menegakkan keadilan.

Beliau juga berharap semua pihak menunggu hasil siasatan dan tidak berterusan membuat andaian, spekulasi atau mempolitikkan isu berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan