Undi Wanita Penting Bagi BN Untuk Kekalkan Kerusi Sibu - Fatimah

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Undi pemilih wanita amat penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil kawasan itu 16 Mei ini, kata Timbalan Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datin Fatimah Abdullah.

Beliau berkata jumlah pengundi wanita melebihi separuh daripada 54,695 pemilih berdaftar di kawasan itu dan dengan itu BN akan berusaha memancing undi pemilih wanita.

"Pada zaman ini wanita membuat keputusan mereka sendiri. Mereka tidak lagi mengikut sahaja kata lelaki. Mereka akan menilai apa yang sedang berlaku dan apa yang baik untuk diri dan anak mereka.

"Sebab itu kenapa pengundi wanita mempunyai peranan amat penting dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu. Oleh kerana jumlah pengundi wanita lebih sedikit daripada lelaki di sini, kami mahu wanita membantu menyakinkan kaum lelaki untuk memberikan sokongan padu kepada BN bagi membolehkan B Nmengekalkan kerusi ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Fatimah melancarkan Bengkel K-Bestari dan Pertandingan 1Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) di Institut Methodist Pilley.

Fatimah, yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri berkata kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberikan impak positif terhadap pilihan raya kecil itu.

Katanya Najib telah memperkenalkan banyak inisiatif seperti konsep 1Malaysia, Model Ekonomi Baru (MEB), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menggalakkan perpaduan dan membawa pembangunan negara ke tahap lebih tinggi.

"Rakyat boleh melihat beberapa perubahan yang telah dibawa oleh perdana menteri dalam tempoh setahun menerajui negara yang telah membawa banyak manfaat kepada rakyat dalam banyak bidang yang dekat dengan hati mereka," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan anggota Parlimen Sibu selama lima penggal Datuk Robert Lau Hoi Chew akibat kanser hati pada 9 April.

Penamaan calon ditetapkan 8 Mei dan pengundian pada 16 Mei.

Peguam Robert Lau Hui Yew, 45, adalah calon BN untuk mempertahankan kerusi itu dan akan ditentang Pengerusi DAP Sarawak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek,Wong Ho Leng, 50. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan