Polis Surai Perhimpunan Tanpa Permit Di Dataran Merdeka - Berita Semasa | mStar

Polis Surai Perhimpunan Tanpa Permit Di Dataran Merdeka

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menyurai sekumpulan 500 orang yang berkumpul secara haram di Dataran Merdeka di sini bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sempena Hari Pekerja hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati kumpulan itu berhimpun di luar pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar sejak awal pagi sebelum menuju ke Dataran Merdeka manakala satu kumpulan lagi cuba memasuki perkarangan bangunan Parlimen pada 11 pagi.

Bagaimanapun polis telah mengarahkan kedua-dua kumpulan itu supaya bersurai kerana mereka tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata polis terpaksa menghalang kumpulan itu daripada memasuki kawasan Parlimen dan berkumpul di sekitar di Dataran Merdeka kerana mereka tidak mempunyai permit untuk berhimpun.

Katanya tiga lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an ditahan kerana telah meningkari arahan polis dan berhimpun di Dataran Merdeka dengan membawa kain rentang.

"Bagaimanapun mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil," tambah Zulkarnain.

Tinjauan Bernama mendapati kira-kira 300 anggota polis berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Parlimen sejak awal pagi.

Setelah tidak dibenarkan berhimpun di Dataran Merdeka, kumpulan itu kemudian beredar ke perkarangan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor sambil melaungkan slogan serta membawa kain rentang yang membantah pelaksanaan GST.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Damansara, Selangor Dr Mohd Nasir Hashim yang menyelaras perhimpunan itu berkata selain membantah GST, perhimpunan itu juga bertujuan menyuarakan beberapa tuntutan pekerja termasuk cuti bersalin 90 hari dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan terhadap mereka yang berpendapatan rendah.

Katanya senarai tuntutan ini akan diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Setelah dua jam berhimpun, kumpulan itu kemudian bersurai tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan