Lebih 1.4 Juta Orang Serah Borang Taksiran Cukai Melalui E-Filing

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,493,837 orang telah mengemukakan borang taksiran cukai menerusi perkhidmatan E-Filing setakat tengah malam ini, iaitu hari terakhir berbuat demikian.

Jumlah yang mengemukankan borang taksiran melalui perkhidmatan itu tahun ini adalah kurang daripada 1.5 juta orang yang disasarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Hasmah Abdullah berkata, jumlah tahun ini adalah 18.78 peratus lebih tinggi berbanding 1.3 juta orang yang menggunakan perkhidmatan secara elektronik itu.

Katanya, berikutan permintaan tinggi, waktu operasi di ibu pejabat LHDN di Jalan Duta di sini dilanjutkan mulai 10 malam hingga 12 tengah malam ini.

"Pada pukul 10 malam tadi, orang masih datang ke ibu pejabat untuk mengemukakan borang taksiran mereka melalui E-Filing," katanya.

Katanya, peningkatan bilangan orang mengemukakan borang taksiran adalah tinggi berikutan meningkatnya kesedaran mengenai kemudahan E-Filing yang diperkenalkan pada 2005. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan