36 Kes Baru H1N1

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejumlah 36 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga jam 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes setakat ini meningkat ke 13,709 kes, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata, jumlah kes ILI (Influenza-like Illness) yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 590 kes, dengan 13.9 peratus atau 82 kes telah disahkan positif Influenza A (H1N1). "Bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah tujuh kes di mana lima daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko. "Tiada laporan kematian diterima menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini kekal 81 orang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata sehingga jam 8 pagi ini, sejumlah lapan kejadian kluster ILI diterima dari tiga buah negeri - Perak, Johor dan Pahang.

Beliau berkata, ia termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak yang melibatkan 41 orang; Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 1 dan 2, Kluang, Johor yang membabitkan 11 orang; dan kampung orang asli Kampung Meranti di Pekan, Pahang yang melibatkan 4 orang.

"Kementerian menggesa orang awam yang mempunyai faktor risiko supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 di 104 fasiliti kementerian di seluruh negara," katanya.

Sehingga semalam, Dr Mohd Ismail berkata jumlah keseluruhan penerima vaksin H1N1 adalah seramai 175,747 orang, dengan 76,613 daripadanya adalah petugas barisan hadapan kementerian, 49,407 orang adalah petugas hadapan bukan anggota kementerian dan 49,727 lagi adalah orang dari kumpulan sasar berkeutamaan dan orang awam.

Maklumat lanjut mengenai Influenza A (H1N1) boleh didapati di http://h1n1.moh.gov.my atau dengan menghubungi talian 03-8881 0200/0300, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan