Syarikat Korporat Diminta Menyumbang Dana Amanah Kanak-kanak 1Malaysia - Rosmah

Diterbitkan: Jumaat, 30 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mencadangkan satu dana amanah yang dikenali sebagai 1Malaysia Children Trust Fund diwujudkan hasil sumbangan syarikat-syarikat korporat di Malaysia.

Beliau berkata sumbangan itu boleh diperolehi daripada peruntukan khas tahunan daripada belanjawan tanggung jawab sosial korporat (CSR) syarikat-syarikat berkenaan untuk memajukan kanak-kanak di Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan.

"Masih terdapat beberapa prasarana awam yang penting untuk kanak-kanak yang perlu disediakan di negara kita seperti hospital kanak-kanak, muzium kanak-kanak dan lain-lain yang boleh dibiayai melalui dana ini," katanya semasa berucap melancarkan Kem Harapan DRB-Hicom di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini hari ini.

Melalui peruntukan kewangan yang terjamin dan berterusan, Rosmah berkata banyak projek kemasyarakatan untuk kanak-kanak dapat dilaksanakan bagi membantu kerajaan melonjakkan prestasi kanak-kanak di Malaysia.

"Bayangkan kuasa harapan yang dapat dicetuskan bagi manfaat komuniti kanak-kanak Malaysia apabila 838 syarikat yang tersenarai di papan utama dan papan kedua di Bursa Saham Malaysia bergabung dengan 117 syarikat yang tersenarai di Mesdaq bersetuju menyumbangkan sebahagian daripada peruntukan belanjawan CSR mereka kepada dana yang dicadangkan ini," kata beliau.

Rosmah yang juga Penaung Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia (YHKM) turut meminta 310 peserta Kem Harapan DRB-Hicom yang terdiri daripada anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan di sekitar Pahang termasuk dari Pekan supaya menghargai peluang menyertai kem itu dan berazam menjadi insan cemerlang.

Kem anjuran YHKM dengan kerjasama DRB-Hicom, UPM dan beberapa penaja lain itu akan diadakan pada 13 hingga 16 Mei depan di UPM, yang bertujuan melahirkan individu-individu yang bermotivasi dan mencari kecemerlangan dalam kehidupan.

Pada majlis itu DRB-Hicom menyumbang sebanyak RM70,000 kepada YHKM yang diwakili Rosmah untuk penganjuran kem berkenaan. YHKM pula turut menyumbang 13 unit komputer untuk 13 sekolah terpilih. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan