Nelayan Hilang Di Teluk Chempedak Ditemui Selamat

Diterbitkan: Jumaat, 30 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua nelayan yang hilang ketika menangkap ikan kira-kira tujuh batu nautika dari Pantai Teluk Chempedak awal pagi semalam ditemui selamat petang ini.

Che Abdul Ghani Man, 47, dan rakannya yang hanya dikenali sebagai Nasir berumur lingkungan 50-an ditemui oleh nelayan lain berhampiran kawasan Pantai Kampung Cempaka, kira-kira 20 kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Che Abdul Ghani ketika ditemui berkata, mereka tidak dapat pulang ke pantai selepas enjin bot fiber yang mereka naiki mengalami kerosakan.

"Kami tidak berasa takut kerana memikirkan selalunya ada bot-bot nelayan melalui kawasan yang sama untuk pulang. Bagaimanapun kebanyakan bot berada agak jauh dari tempat kami berada dan tidak nampak lambaian kami," katanya.

Beliau berkata, mereka akhirnya ditemui oleh seorang nelayan dari Kampung Cempaka yang menunda bot mereka ke pangkalan nelayan Tanjung Api.

"Saya bersyukur kerana terselamat walaupun terpaksa terapung selama lebih 24 jam serta bermalam di tengah laut dalam keadaan sejuk dan lapar.

"Kami hanya makan roti dan air kosong untuk alas perut," kata Abdul Ghani.

Pemilik bot, Ramli Ismail berkata, kedua-dua rakannya itu keluar menangkap ikan kira-kira 5.30 pagi semalam dan sepatutnya pulang pada pukul 10 pagi pada hari sama seperti kebiasaannya.

"Bagaimanapun sehingga 2 petang semalam, mereka tidak pulang menyebabkannya kamu berusaha mencari mereka sebelum membuat laporan polis kira-kira 1 petang tadi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan