Kabinet Lulus Perjanjian Sempadan Dengan Brunei - Abdullah

Diterbitkan: Jumaat, 30 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau telah menandatangani perjanjian persempadanan laut dan darat dengan Brunei pada Mac 2009 di mana pertindihan dua medan eksplorasi menjadi milik Brunei selepas ia diluluskan Kabinet Malaysia sebulan sebelum itu.

Dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, bekas perdana menteri mengesahkan bahawa konsesi Blok L dan Blok M kini adalah milik Brunei tetapi perjanjian itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun.

"Kaedah kewangan dan operasi bagi melaksanakan persetujuan ini akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua pihak. Ini bermakna bahawa bahawa dari segi sumber minyak dan gas, perjanjian ini bukan satu kerugian bagi Malaysia," kata Abdullah yang melakukan lawatan kerja dua hari ke Bandar Seri Begawan pada 15 dan 16 Mac tahun lepas sebelum meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dua minggu kemudian pada 3 April.

Abdullah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata Abdullah telah menyerahkan dua blok itu dalam perundingan dengan Sultan Brunei bagi pertukaran untuk Limbang yang merentangi sempadan Sarawak-Brunei.

Dr Mahathir berkata kehilangan dua blok menelan kos Malaysia sekurang-kurangnya US$100 bilion (RM320 bilion) daripada anggaran simpanan hampir satu bilion tong minyak.

Dr Mahathir juga berkata Brunei telah menafikan bahawa ia bersetuju untuk melepaskan Limbang dan Abdullah tidak menyebut mengenai dua blok itu apabila mengumumkan bahawa beliau telah menyelesaikan tuntutan ke atas Limbang.

Minggu lepas, Murphy Oil Corp yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memberhentikan kontrak perkongsian pengeluaran bagi Blok L dan M kerana mereka "bukan lagi sebahagian daripada Malaysia".

Abdullah, yang mendedahkan butiran terperinci perjanjian itu bagi pertama kali, berkata beliau telah menandatangani Pertukaran Surat dengan Sultan Brunei pada 16 Mac tahun lepas bagi mengambil langkah-langkah tertentu yang akan menetapkan sempadan darat dan laut yang kekal antara Malaysia dan Brunei.

"Sebagai Perdana Menteri Malaysia, saya menandatangani Pertukaran Surat itu dengan Sultan Brunei setelah Kabinet Malaysia meluluskan urusan itu pada 11 Februari 2009," katanya.

Kedua-dua pihak bersetuju menjalankan kajian untuk menetapkan sempadan yang dipersetujui dan yang akan menjadi muktamad dan kekal. Urusan ini akan dibuat mengikut dua cara.

Pertama, kajian bersama itu akan mengesahkan sempadan dalam lima sektor yang sudahpun ditetapkan menerusi perjanjian-perjanjian sebelum ini pada 1920, 1931, 1933 (dua perjanjian berasingan) dan 1939.

Kedua, dalam sektor lain yang belum mempunyai perjanjian sempadan darat, kajian bersama itu akan menetapkan sempadan darat berdasarkan prinsip aliran air.

"Apabila keseluruhan urusan persempadan darat selesai, satu sempadan yang muktamad dan kekal akan ditetapkan antara Sarawak di bahagian Malaysia dan Brunei di satu pihak lagi.

Apabila ini dicapai, tidak akan berlaku lagi pertikaian sempadan darat antara Brunei dan Malaysia. Isu yang berlarutan ini, yang yang menjadi satu aral dalam hubungan antara Malaysia dan Brunei, akan diselesaikan tanpa merugikan kedudukan Malaysia," katanya.

Mengenai kawasan maritim, beliau berkata Malaysia dan Brunei juga bersetuju menetapkan satu sempadan yang muktamad dan kekal.

"Perjanjian ini akan menyelesaikan isu tuntutan bertindih yang timbul sebelum ini termasuk di kawasan blok konsesi dikenali Blok L dan Blok M.

"Hak kedaulatan bagi sumber di kawasan ini kini menjadi milik Brunei. Bagaimanapun, untuk kawasan ini, perjanjian itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun," katanya.

Abdullah berkata kaedah kewangan dan operasi bagi melaksanakan persetujuan ini akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua pihak. Ini bermakna bahawa daripada segi sumber minyak dan gas, perjanjian itu tidak merugikan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan