Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Petaling 12 Mei - Berita Semasa | mStar

Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Petaling 12 Mei

Diterbitkan: Jumaat, 30 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air 12 Mei depan berikutan kerja-kerja pengalihan paip air bagi pembinaan Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Subang.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), kerja pengalihan paip akan bermula dari pukul 10 malam pada 12 Mei hingga 5 pagi keesokan hari.

Antara kawasan yang terlibat ialah U2 (TTDI Jaya) dan Saujana Indah. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan