Dr. M Ulangi Amaran: Jangan Bincang Isu Perkauman Secara Terbuka

Diterbitkan: Jumaat, 30 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis mengulangi bahawa isu-isu perkauman tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum.

Beliau diminta mengulas perang mulut antara Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan MCA berikutan sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu.

"Seorang bercakap sesuatu, maka orang lain akan membalas. Jika anda cakap orang itu bersikap perkauman, maka mereka akan kata anda seorang bersikap perkauman," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah perdana bertema "Malaysia As A Maritime Nation - Are We There?" di Institut Maritim Malaysia di sini.

Awal minggu ini, Dr Mahathir berkata BN harus melakukan analisis mengenai sokongan kaum Cina yang berkurangan kepada gabungan itu pada pilihan raya kecil tersebut.

Ditanya sama ada krisis dalaman MCA yang berlarutan sebelum ini merupakan salah satu faktor, Dr Mahathir berkata: "Semua parti komponen BN - MCA, Gerakan, MIC dan UMNO - juga mempunyai masalah masing-masing." - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan