Adun Pelabuhan Klang Masuk UMNO

Diterbitkan: Jumaat, 30 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JANDA BAIK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini menyerahkan borang ahli untuk menyertai UMNO setelah enam bulan keluar dari Parti Kedilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN Bebas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menerima borang keahlian daripada Badrul Hisham sambil disaksikan Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Badrul Hisham, 50, meninggalkan PKR pada 29 Oktober tahun lalu dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). Dengan kemasukan beliau, kini terdapat 21 ADUN BN dengan 19 UMNO di Dewan Negeri Selangor.

Badrul Hisham yang dipetik umno-online.com berkata, langkahnya itu bertujuan memperkuatkan UMNO dan BN kerana banyak hal ehwal pembangunan, ekonomi, kebajikan dan agama yang perlu dilakukan di Selangor.

“Banyak perkara perlu dibuat di Selangor. Jadi saya menyertai UMNO untuk bersama-sama BN merasmpas kembali Selangor,” katanya di sini, hari ini.

Penyerahan ringkas itu dilakukan selepas Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Badrul Hisham berkata, masyarakat kini, termasuk orang Melayu berpecah-belah kerana tindakan pakatan pembangkang yang mahu mencapai kepentingan politik mereka.

Beliau berkata, perpecahan itu menyebabkan banyak kemajuan tergendala.

“Kita perlu kuatkan kedudukan parti dan memperkukuhkan perpaduan supaya dapat memperjuangkan nasib pengundi dan kesejahteraan hidup rakyat,” ujarnya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan