Senator Minta Speaker Tegas Tegur Wakil Rakyat Hina Perlembagaan - Berita Semasa | mStar

Senator Minta Speaker Tegas Tegur Wakil Rakyat Hina Perlembagaan

Diterbitkan: Khamis, 29 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang senator hari ini meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar menegur dengan tegas anggota kedua-dua dewan itu yang didapati menghina Perlembagaan negara.

Senator Datuk Abdul Rashid Ngah berkata, ianya termasuk Ahli Parlimen khususnya daripada pembangkang yang melabelkan Dewan Negara sebagai 'tong sampah'.

"Pada hemat saya, dengan menghina Dewan Negara, Yang Berhormat menghina Perlembagaan sebab Dewan Negara ini diwujudkan oleh Perlembagaan," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau berkata tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang memandang rendah Dewan Negara tidak wajar dibiarkan. Wakil rakyat pembangkang juga semakin berani mempertikai perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu, katanya.

Sementara itu, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam perbahasannya berkata, parti pembangkang seharusnya menerima kekalahan mereka pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April lepas dengan hati yang terbuka dan tidak menyalahkan pihak lain.

"Janganlah menuduh Barisan Nasional (BN) menang kerana rasuah atau membeli undi dan mahu saman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Itu tidak betul," katanya.

Persidangan bersambung esok. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan