Satu Lagi Kematian Akibat Denggi Dilaporkan Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 29 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terkumpul dalam tempoh empat bulan tahun ini sebanyak 55 kematian.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kematian itu membabitkan seorang suri rumah berusia 42 tahun di Sungai Siput, Perak.

"Jika dilihat dari tempoh itu jumlah kematian adalah tinggi, disebabkan itu usaha pencegahan perlu dipertingkatkan lagi," katanya kepada pemberita pada majlis pra-pelancaran Karnival Sihat 1Malaysia di sini hari ini.

Rosnah berkata meskipun Kementerian Kesihatan telah mengadakan 661 program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) pada tahun ini melibatkan 16,563 sukarelawan tetapi ia masih belum mencukupi.

"Program-program kesedaran masih perlu dipertingkatkan lagi untuk memastikan wabak denggi tidak menjadi pembunuh utama rakyat negara ini," katanya.

Mengenai Karnival Sihat 1Malaysia, beliau berkata ia akan diadakan pada 9 Mei depan di Setiawangsa, Kuala Lumpur bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang anjuran Kelab Graduan 1Malaysia.

Karnival itu bertujuan memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan antara aktiviti dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesihatan, derma darah dan pendaftaran derma organ. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan