Lima Pelajar Cemerlang SPM Dapat Biasiswa BNM

Diterbitkan: Khamis, 29 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebagai sebahagian daripada komitmennya bagi mendidik bakat-bakat muda dan meningkatkan pembangunan modal insan, Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyampaikan Anugerah Biasiswa Kijang Emas keenam kepada lima pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Pelajar-pelajar tersebut ialah Gladys Tan Yee Kim, daripada SMK Green Road, Kuching Sarawak yang mendapat 10A+, Nur Syuhadah Muhamad daripada Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan (10A+), Hu May Khei daripada SMK Convent, Taiping, Perak (10A+), Ameenah Azman daripada Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan (10A+) dan Neelam Devi Nath daripada SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor (9A+).

Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, dalam ucapan beliau di majlis tersebut berkata, setakat ini seramai 27 orang telah penerima anugerah itu yang diwujudkan pada 2005.

Beliau berkata, anugerah tersebut merupakan bukti pencapaian generasi muda dan menunjukkan bahawa pembangunan sumber manusia menjadi agenda utama bagi bank pusat itu dalam membangunkan kemahiran baharu dan kecekapan.

"Perbezaan antara anugerah itu dan biasiswa lain adalah penerima diberikan kebebasan untuk memilih bidang pengajian mereka sendiri di universiti terkemuka di mana-mana negara pilihan mereka dan mereka tidak terikat dengan bank tersebut.

"Satu-satunya yang diminta adalah mereka kembali semula ke Malaysia dan berkhidmat dengan negara," katanya.

Tan memilih untuk belajar psikologi di AS, Ameenah memilih perakaunan di UK manakala tiga penerima lain, Hu, Nur Syuhadah dan Neelam akan mengambil jurusan perubatan di UK.

Zeti berkata, penerima-penerima itu dipilih di kalangan 20 pelajar cemerlang SPM terutamanya mereka yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum selain keazaman tinggi dan mempunyai kualiti sebagai pemimpin.

Selain Kijang Emas, BNM juga mempunyai biasiswa lain di mana setakat ini seramai 1,600 rakyat Malaysia mendapat manfaat daripadanya.

Ia kini menguruskan 400 biasiswa setiap tahun di universiti tempatan dan juga luar negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan