Jangan Bincang Isu Perkauman Secara Terbuka: Tun Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 29 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi bahawa isu-isu perkauman tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum.

Beliau diminta mengulas perang mulut antara Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan MCA berikutan sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu.

"Seorang bercakap sesuatu, maka orang lain akan membalas. Jika anda cakap orang itu bersikap perkauman, maka mereka akan kata anda seorang bersikap perkauman," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah perdana bertema "Malaysia As A Maritime Nation - Are We There?" di Institut Maritim Malaysia di sini.

Awal minggu ini, Dr Mahathir berkata, BN harus melakukan analisis mengenai sokongan kaum Cina yang berkurangan kepada gabungan itu pada pilihan raya kecil tersebut.

Ditanya sama ada krisis dalaman MCA yang berlarutan sebelum ini merupakan salah satu faktor, Dr Mahathir berkata: "Semua parti komponen BN MCA, Gerakan, MIC dan UMNO juga mempunyai masalah masing-masing." - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan