'Flying Squad DBKL' Tangani Masalah Kerosakan

Diterbitkan: Khamis, 29 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan 'Flying Squad DBKL' untuk menyelesaikan aduan mengenai jalan berlubang, longkang dan pemasangan lampu dalam tempoh terdekat. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah ini bertujuan memastikan tindakan efisyen diambil dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

"Seperti yang telah saya gariskan dalam Konsep 7P, penyelenggaraan adalah antara bidang yang menjadi keutamaan pihak kementerian selain perumahan, pengangkutan, pembasmian kemiskinan, pembersihan, prihatin dan pembangunan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Katanya, Datuk Bandar Datuk Ahmad Fuad Ismail telah memberi jaminan, skuad itu akan memastikan setiap aduan diambil tindakan segera.

Beliau berharap langkah ini dapat menyelesaikan pelbagai masalah kerosakan di sekitar bandaraya bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota selaras dengan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Orang ramai yang ingin buat aduan boleh menggunakan saluran Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (SPAAA) atau hubungi One Stop Centre DBKL di talian 1-800-88-3255 selain mengadu terus ke 11 pejabat cawangan DBKL. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan