Zaid Ibrahim Cabar Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor

Diterbitkan: Rabu, 28 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Zaid Ibrahim ketika sidang media di kediamannya di Tropicana Country and Golf Resort hari ini. Beliau yang tewas pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu akan memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan berkenaan. - foto THE STAR
Datuk Zaid Ibrahim ketika sidang media di kediamannya di Tropicana Country and Golf Resort hari ini. Beliau yang tewas pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu akan memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan berkenaan. - foto THE STAR

PETALING JAYA: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, Datuk Zaid Ibrahim akan mencabar keputusan pilihan raya berkenaan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,725.

Beliau akan memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan berkenaan kerana mendakwa jentera BN mengamalkan rasuah serta wujudnya penafian hak kepada pengundi apabila berlakunya pemindahan nama tanpa pengetahuan.

"Oleh sebab itu saya membuat keputusan untuk mengemukakan petisyen bagi mengisytiharkan bahawa keputusan hari itu tidak sah disebabkan oleh perkara-perkara berkenaan.

"Barisan peguam-peguam saya akan merangka asas-asas secara terpeinci minggu depan," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Berdasarkan undang-undang, Zaid mempunyai hak bagi memfailkan petisyen berkenaan dalam tempoh 28 hari selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

Pada pilihan raya kecil Parlimen itu, calon BN, P. Kamalanathan berjaya memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid yang memperoleh 23,272 undi

Menurut Zaid lagi, rakyat dijanjikan dengan pelbagai janji-janji bagi meraih undi bukan sahaja di kalangan jentera peringkat bawahan malah melibatkan peringkat kepimpinan tertinggi.

"Mereka diberi rasuah, dijanjikan bermacam-macam janji, yang semua ini menyalahi undang-undang pilihan raya dan ini bukan sahaja dilakukan oleh pekerja parti (BN) dibawah, tetapi juga pucuk pimpinan teratas.

"Kalau negara kita mahukan pilihan raya seperti ini, yang semua boleh dilakukan tanpa apa-apa larangan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), maka tak ada erti kita adakan pilihan raya," katanya.

Dalam pada itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya itu dengan adil.

"Saya berpendapat SPR sudahpun memihak (kepada BN) dan menunjukkan dengan jelas yang mereka memihak, maka saya juga akan mengambil tindakan undang-undang.

"Saya ingin memperkatakan dengan jelas bahawa selagi SPR tak dapat melakukan kerjanya, peraturannya, tindakannya seperti suruhanjaya negara-negara lain, selagi itulah suara rakyat tidak akan kedengaran," katanya.

Selain itu, Zaid juga akan mengambil tindakan undnag-undang terhadap sebuah akhbar arus perdana berbahasa Melayu yang didakwa melabel beliau sebagai seorang kaki botol.

"Saya dicap kaki botol, ini dibiarkan di seluruh poster di Hulu Selangor dan tak siapapun bertindak terhadap tindakan ini, jadi saya kena saman mereka.

“Apa yang saya minum tidak lebih apa yang diambil oleh (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain... SPR sepatutnya tidak membenarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan," katanya.

Ekoran daripada pendedahan terhadap dirinya, Zaid berkata beliau juga akan melancarkan 'kempen kenali pemimpin anda'.

"Saya merayu kepada rakyat, memandangkan mereka mengenali saya sangat jelas sekarang dengan pendedahan ini, saya harap kita juga akan kenal pemimpin kita.

"Mari kita kenali menteri kita dengan lebih baik... saya akan lancarkan kempen bagi mengetahui menteri kita dengan jelas," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan