Suhakam Diminta Siasat Kes Remaja Ditembak Polis

Diterbitkan: Rabu, 28 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) mencadangkan agar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang dilaporkan ditembak mati oleh polis di Shah Alam pada Isnin lepas.

Presidennya, Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata, Suhakam sebagai badan yang bebas harus menyiasat kes itu sebagai pihak ketiga kerana ia tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu itu bagi memastikan siasatan yang dijalankan telus.

"Kita bukan nak kata polis tak boleh buat siasatan tapi kerana dia (polis) sendiri terlibat, maka Suhakam dilihat sebagai pihak bebas yang boleh menjamin ketelusan siasatan.

"Suhakam harus lebih proaktif terhadap kes-kes yang melibatkan hak asasi manusia terutamanya yang mendapat liputan meluas media kerana dia ada akta yang membenarkan siasatan dijalankan tanpa menunggu laporan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Aminulrasyid Amzah, 15, dilaporkan mati terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan pula mencadangkan agar satu inkues dijalankan kerana berlaku kematian dalam satu operasi polis. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan