Prosedur Penggunaan Senjata Api Penting Dipatuhi: Shahrizat

Diterbitkan: Rabu, 28 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penggunaan senjata api oleh pihak berkuasa atau pemilik persendirian haruslah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau berkata, penggunaan senjata api seperti pistol oleh mana-mana pihak tidak kira penguatkuasa atau individu, pada dasarnya adalah untuk melindungi dan menyelamatkan diri.

"Saya nak meminta supaya pihak berkuasa menentukan sesiapa jua yang diberi lesen atau permit senjata api mesti mengikut prosedur operasi standard kerana kita jangan main-main amanah dan kuasa yang diberikan.

"Kita mesti menggunakannya dengan penuh tanggungjawab mengikut peraturan yang diperakui dan penggunaan senjata api untuk menembak sesiapapun mestilah menjadi satu tindakan terakhir," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden seorang remaja berusia 15 tahun ditembak mati oleh polis, awal pagi Isnin lepas di Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri apabila dikejar polis.

"Kita tidak mahu negara kita menjadi satu negara di mana sesiapa jua merasakan mereka boleh 'trigger happy'...sebab risiko dan implikasinya sangat tinggi," katanya.

Sehubungan itu, Shahrizat menyambut baik panel yang akan diwujudkan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menyiasat insiden itu dan berharap siasatan dibuat secepat mungkin.

Beliau mencadangkan supaya seorang pegawai kebajikan masyarakat menjadi ahli dalam panel itu bagi membolehkan maklumat mengenai latar belakang mangsa diperoleh.

Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam insiden ini, cuma perkara yang paling penting ialah prinsip penggunaan dan penembakan itu mesti jelas dan nyata dan setiap individu sama ada anda sebahagian daripada pegawai penguatkuasa mesti tahu tugas dan tanggungjawab serta amanah yang diberikan," katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan