Polis Akan Telus, Adil Siasat Kes Remaja Ditembak Mati

Diterbitkan: Rabu, 28 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi jaminan polis tidak akan menyembunyikan sebarang fakta berhubung siasatan insiden seorang remaja 15 tahun yang mati ditembak polis di Shah Alam Isnin lepas.

"Kami tidak sembunyikan apa-apa..., kita akan jalankan siasatan secara adil dan telus bagi memastikan kebenarannya," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian insignia baru dan penyerahan kenderaan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Beliau berharap masyarakat tidak membuat andaian dan hukuman awal sebelum laporan siasatan lengkap diperolehi.

Polis akan membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah mengambil langkah segera dengan menubuhkan satu panel khas bagi menyiasat insiden itu, katanya.

Musa yang turut melahirkan rasa sedih atas insiden tersebut turut menasihatkan agar ibu bapa perlu lebih prihatin menjaga anak-anak mereka bagi mengelakkan mereka daripada keluar rumah pada waktu yang tidak sepatutnya dan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika ditemui di ajlis yang sama berkata, polis kini dalam proses melengkapkan keterangan saksi bagi membolehkan kertas siasatan dihantar kepada pendakwa raya selewat-lewatnya Jumaat ini.

Polis akan memanggil semula rakan allahyarham Amirulrasyid Amzah hari ini bagi mendapatkan keterangan penuh.

"Kita berharap dapat melengkapkan siasatan sebelum hujung minggu ini untuk kita hantar kepada pendakwa raya bagi membincangkan hasil laporan siasatan yang diperolehi," katanya.

Beliau berkata, keterangan remaja tersebut telah diambil sebelum ini, namun masih terdapat maklumat-makumat yang tidak jelas dan lengkap yang mungkin akan diperolehi pada hari ini bagi melengkapkan siasatan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lepas, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan