MPK Akan Mantapkan Daya Saing Pelabuhan Negara

Diterbitkan: Rabu, 28 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Pelabuhan Kebangsaan (MPK) yang diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri minggu lepas akan memantapkan lagi daya saing pelabuhan negara di peringkat antarabangsa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, ini kerana panel berpengalaman dalam bidang logistik antarabangsa dan pihak berkepentingan mengenai pengangkutan maritim akan turut diundang menjadi anggota MPK.

Beliau berkata, majlis itu akan dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota majlisnya terdiri daripada wakil Kementerian Pengangkutan, semua Pengurus Besar Lembaga atau Suruhanjaya Pelabuhan Persekutuan, Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan Ketua Pengarah Institut Maritim.

"Ini termasuk juga daripada wakil pelabuhan dan Kementerian Pembangunan dan Infrastruktur negeri Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat pasca-kabinet peringkat kementerian di sini hari ini.

Beliau berkata, peranan majlis itu juga akan meningkatkan sistem pengurusan perkhidmatan pelabuhan di seluruh negara dengan lebih sistematik dan turut membantu menangani ketidakseragaman dari segi tarif, kemudahan dan kelengkapan pelabuhan-pelabuhan dalam negara.

Sementara itu, Ong berkata, Malaysia akan mempertahankan kerusi dalam Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB) bagi tempoh 2010 sehingga 2013.

Beliau berkata, kementerian akan berkerja keras untuk bersaing dengan negara serantau seperti Thailand dan Indonesia untuk mengekalkan kerusi yang dimiliki negara dalam ICAO.

"Kedudukan dalam pertubuhan ini penting kerana ia begitu mementingkan tahap piawai keselamatan penerbangan untuk kesemua 190 negara anggota," katanya.

Mengulas mengenai laluan yang dipohon AirAsia Bhd, beliau berkata, kementerian perlu melihat banyak aspek untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Beliau berkata, mereka perlu bertindak secara adil dan selaras dengan kriteria yang ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan