Ahli Politik Diminta Tidak Campur Tangan Kes Remaja Ditembak Mati

Diterbitkan: Rabu, 28 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin lepas di Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata, campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

"Ada yang mengada-adakan cerita dan mendesak polis memastikan anggotanya tidak 'cover up' kes berkenaan. Ini semua akan merungsingkan anggota keluarga mangsa dan mengelirukan masyarakat serta menimbulkan persepsi yang tidak betul.

"Janganlah jadi macam ayam yang suka berketuk sebelum bertelur. Biar polis menjalankan siasatan secara telus tanpa melindungi sesiapa bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Jika siasatan mendapati pihak kami (polis) yang cuai dan melebihi kuasa yang diberikan, maka tindakan setimpal akan diambil," katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis. Khalid berkata, polis merakamkan percakapan sembilan saksi berhubung kes itu dan akan merekodkan kenyataan saksi utama hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan membincangkan kes itu bersama Timbalan Pendakwa Raya sebelum hujung minggu ini bagi mendapatkan arahan seterusnya.

Mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima pakar forensik United Kingdom, Dr Peter Venezis yang memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock, pembantu kepada anggota Exco Selangor, Khalid berkata polis membuka siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan di bawah Jenayah Peras Ugut bagi mengenalpasti suspek.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga dan anggota exco Selangor, Rodziah Ismail berkata, mesyuarat exco hari ini bersetuju menyumbangkan RM10,000 kepada keluarga Amirulrasyid atas dasar kebajikan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan