ADUN Kubang Rotan Tidak Perlu Mohon Ampun Pada Sultan: Azizan

Diterbitkan: Rabu, 28 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa daripada PAS, tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lepas yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah tentang kuasa raja yang tidak dihormati dan beliau bukannya mempertikaikan tentang kuasa raja sebagai ketua agama.

"Yang timbul isu itu sebab wakil rakyat Barisan Nasionl tak faham," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Azizan berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dengan Tuanku Abdul Halim semasa beliau menghadap baginda pada majlis perasmian Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka pagi semalam.

"Tak payah jelaskan kepada Tuanku sebab baginda dah faham dan semalam pun saya hubungi pula Setiausaha Sulit Tuanku dan depa (beliau) kata, abaikan saja," katanya.

Dua hari lepas, persidangan menjadi panas apabila Mohd Nasir mengajukan soalan yang dianggap oleh Adun daripada Barisan Nasional sebagai mempertikai kuasa Sultan Kedah dan ini memaksa Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail membuat keputusan dua soalan itu tidak perlu dijawab.

Mohd Nasir bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Ekoran itu, Persatuan Kerabat DiRaja Kedah menuntut agar Mohd Nasir memohon ampun kepada Sultan Kedah dan memintanya menarik balik soalannya itu secara rasmi dalam persidangan dewan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan