Tiga Cedera Akibat Paip Pecah

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pemandu kereta cedera apabila kenderaan masing-masing "melambung" terkena tekanan pancutan air dari paip bawah tanah yang pecah ketika melalui Jalan Universiti, Bangsar, hari ini.

Tiga kereta itu yang berada di laluan yang sama menuju ke arah Petaling Jaya dalam insiden 4.30 petang itu tidak dapat mengelak apabila paip bawah tanah itu tidak semena-mena pecah dan mengeluarkan pancutan air deras.

Akibatnya, kenderaan pertama sebuah kereta Nissan Sunny, remuk setelah terpelanting kira-kira 10 meter hingga memasuki jalan bertentangan.

Dua lagi kereta yang berada di belakang kereta Nissan Sunny itu, kereta Honda dan Proton turut melambung terkena tekanan air itu dengan kereta Honda itu terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas manakala kereta Proton itu terbabas dan berpusing.

Tiga pemandu kenderaan itu, kesemuanya lelaki dalam lingkungan 30-an, mengalami kecederaan akibat insiden itu di mana pemandu kereta Nissan dilaporkan cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala pemandu kereta Honda dan Proton pula dilaporkan mengalami cedera ringan.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, siasatan mendapati paip pecah adalah akibat tekanan bawah tanah.

"Ia mungkin disebabkan kerja-kerja penggantian paip baru oleh syarikat berkaitan. Ini turut mengakibatkan terbentuknya lubang sedalam 15 kaki," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Katanya, pemandu kereta yang cedera itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan oleh orang awam yang turut membantu mengeluarkan mangsa-mangsa dari kenderaan masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan