PKR Kaji Strategi Kempen BN Di Hulu Selangor

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengkaji dan memahami strategi Barisan Nasional sepanjang kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor sebelum ini bagi persediaan parti itu pada pilihan raya akan datang.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, langkah itu bagi membolehkan PKR memperbaiki mutu kempen yang dijalankan bagi menakluki hati pengundi.

"Semua perkara yang baik akan kita jadikan rujukan dan cuba memahami untuk kebaikan parti dalam mendapat sokongan pengundi pada masa akan datang.

"Tetapi bukan perkara yang tidak beretika," katanya pada sidang media selepas perasmian Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khalid berkata,'kekalahan' bukanlah ayat yang sesuai untuk menggambarkan situasi PKR pada Ahad lalu.

Katanya, majoriti yang diperoleh BN hanya lebih 1,000 undi dan PKR masih berpuas hati kerana berjaya mengekalkan undi yang tinggi seperti Pilihan Raya Umum yang lalu.

"Masalahnya ada sesetengah media dan stesen televisyen di negara ini yang berlaku tidak adil kepada PKR dengan tidak memaparkan maklumat dan berita positif mengenai PKR kepada pengundi.

"Sepatutnya kedua-dua calon perlu diberi peluang untuk menyebarkan maklumat yang tepat kepada pengundi supaya mereka boleh membuat penilaian.

"Bagaimanapun saya reda dan menerima keputusan tersebut dan akan melipat gandakan usaha dalam pilihan raya akan datang," ujarnya.

Khalid turut menyifatkan kegagalan parti mengekalkan kerusi Parlimen di kawasan itu sebagai satu motivasi kepada parti itu untuk terus bangkit dan berbakti kepada rakyat.

Pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor Ahad lalu, BN berjaya merampas kembali kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti lebih besar iaitu 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

BN yang diwakili P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan