Pindaan Undang-Undang Buang Bayi Perlu Dipercepat

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang senator hari ini meminta kerajaan mempercepatkan pindaan Kanun Keseksaan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap lelaki yang menjadi pasangan wanita yang dihukum kerana kesalahan membuang bayi.

Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohamed berkata, cadangan mengkaji semula perkara itu telah dikemukakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada Februari 2007.

"Undang-undang kini tidak mengenakan hukuman kepada lelaki yang bertanggungjawab...peruntukan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan itu hanya ditanggung oleh wanita.

"Oleh itu, saya mencadangkan supaya pindaan ini dibuat secepat mungkin sebab kes buang bayi semakin meningkat saban tahun," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara di sini.

Beliau berkata, mengikut statistik terkini, seorang bayi dibuang setiap 10 hari di Lembah Klang sahaja.

Saripah Aminah berkata, Jabatan Pendaftaran Negara telah merekodkan seramai 257,000 anak yang lahir tanpa bapa bagi tempoh 2000 hingga 2008.

Bagi tempoh 1999 hingga 2003, seramai 30,978 bayi yang didaftarkan tidak mempunyai bapa adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

"Bagi tahun lepas, seramai 17,303 anak luar nikah dari keluarga Melayu dan beragama Islam didaftarkan...ini adalah satu statistik yang menggerunkan," katanya.

Oleh itu, katanya sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk melaksanakan undang-undang Syariah bagi membendung gejala seks bebas yang membawa kepada kejadian buang bayi yang semakin berleluasa.

Persidangan dewan bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan