Pindaan Akta Hakcipta Lebih Meluas - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Hakcipta akan melibatkan aspek yang lebih luas termasuk hukuman lebih berat untuk kesalahan melibatkan cetak rompak termasuk kepada penjual dan juga tuan punya kedai yang menjual, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Dari segi kesalahan kita tambah lagi (hukuman) bukan saja penjual tapi juga tuan punya kedai tempat cetak rompak itu dijual...juga pemilik cetak rompak pun kita akan masukkan (untuk hukuman lebih berat).

"Dulu peniaga sahaja. Sekarang ini mungkin di kalangan kita sendiri pun kalau kita beli kita kena tahan kali ni," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web Facebook, Twitter dan Youtube Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di sini hari ini.

Ismail Sabri juga berkata pindaan akta itu juga mengambil kira dari segi muat turun lagu-lagu daripada internet dan telefon bimbit.

"Dulu (cetak rompak) fizikal dvd (cakera video digital) dianggap salah sebab cetak rompak, sekarang bukan fizikal dvd dan cd (cakera padat) sahaja. Tapi dari segi muat turun lagu-lagu dan sebagainya melalui internet dan telefon bimbit itu juga kita akan masukkan dalam pindaan kita...jadi luas," katanya.

Pindaan Akta Hakcipta 1987 dijadual dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat sesi Jun 2010.

Ismail Sabri berkata Malaysia sekarang dalam proses untuk keluar daripada senarai pemerhatian Amerika Syarikat bagi gejala cetak rompak.

Menurutnya pada satu ketika dulu Malaysia diletakkan dalam senarai pemerhatian utama tetapi berjaya keluar daripada senarai itu pada 2005 dan sekarang pula dalam proses keluar daripada senarai pemerhatian.

Mengenai harta intelek, beliau berkata kesedaran masih rendah terutama di kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mengenai pentingnya produk mereka dipaten dan didaftar cap dagangan.

"Bila saya buat tinjauan di pasar malam atau pusat ekspo barangan buatan Malaysia banyak produk mempunyai pembungkusan dan pembotolan yang cantik tetapi bila kita tengok tidak ada cop didaftarkan...tidak ada TM (trademark) didaftarkan," katanya.

Mengenai prosedur untuk paten yang dikatakan mengambil masa yang lama, beliau berkata sememangnya ia memerlukan masa yang lama kerana keperluan untuk mempamerkan produk atau reka cipta yang terlibat.

"Mungkin ada orang lain dah cipta alat ini di tempat lain. Sebab itu perlu dipamerkan supaya ada orang lain tengok maka orang buat bantahan (jika ada sebab)," katanya.

Ismail Sabri juga berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan artis-artis tanah air seperti penyanyi, komposer dan sebagainya pada 3 Mei depan untuk memberi gambaran sebenar serta penerangan mengenai hak mereka memandangkan ramai yang tidak menyedari hak mereka seperti hak royalti.

Katanya pada 10 Mei pula, kementerian akan melancarkan satu kempen gerak gempur terhadap cetak rompak.

Beliau juga berkata kementerian akan mengaktifkan semula tribunal hak cipta bagi membolehkan mereka yang terlibat boleh membuat aduan seperti membabitkan isu royalti dan sebagainya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan