Pengguna E-Filing Capai Angka 1 Juta, Menurut LHDN

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggunaan e-Filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar cukai telah mencecah angka 1 juta.

LHDN menyatakan bahawa penggunaan e-Filing sehingga tengah malam semalam melonjak 29.18 peratus iaitu 1,011,703 pengguna berbanding 783,174 pengguna dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu LHDN turut mengingatkan semua pembayar cukai yang mempunyai pendapatan selain perniagaan agar menghantar Borang BE Tahun Taksiran 2009 secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga saat akhir pada Jumaat ini, 30 April untuk membuat pembayaran.

"Pembayaran cukai boleh dilakukan secara dalam talian menerusi kemudahan e-Bayaran yang disediakan," menurut kenyataan LHDN di sini hari ini.

LHDN turut menasihatkan pembayar cukai yang belum mengemukakan borang BE 2009 agar menggunakan sistem e-Filing yang boleh didapati di laman web https://e.hasil.gov.my atau melalui laman web rasmi LHDN www.hasil.gov.my.

Kegagalan mengemukakan borang tersebut boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai masalah mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan 2009 atau ingin mendapatkan penerangan mengenai e-Filing boleh datang ke mana-mana pejabat LHDN berhampiran yang perkhidmatannya dilanjutkan sehingga 6 petang bermula semalam hingga Jumaat ini.

LHDN juga boleh dihubungi di talian 1-300-88-3010 bagi mendapatkan maklumat lanjut, tambah kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan