Lebuhraya Pantai Timur Dijangka Beroperasi 2012

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang menelan belanja kira-kira RM3 bilion dijangka boleh digunakan dua tahun lagi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad.

Beliau berkata, lebuh raya sejauh 183 kilometer itu akan mempunyai sekurang-kurangnya 10 plaza tol.

Selain itu, kerajaan negeri akan membina 25 buah masjid yang setiap satu bernilai kira-kira RM5 juta tahun ini.

"Pembinaan sembilan daripada masjid itu telahpun dikeluarkan tender manakala tender 16 buah lagi akan dikeluarkan bulan depan," katanya di sini hari ini.

Yahya berkata, kerajaan negeri menyediakan RM15 bilion untuk projek pembangunan di bawah tempoh lima tahun bermula tahun lalu.

"Sebanyak 75 peratus daripada peruntukan ini adalah untuk pembinaan jalan manakala selebihnya untuk lain-lain pembangunan," katanya dan menambah projek akan dilaksanakan secara berperingkat dan sehingga kini kira-kira RM200 juta telah dibelanjakan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan