Lapan Pelajar MRSM Bentong Positif H1N1

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Lapan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong di sini disahkan positif Influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pelajar terbabit adalah daripada 35 pelajar sekolah berkenaan yang disyaki menghidapi kluster simptom penyakit serupa (ILI) sejak 23 April lalu.

"Sehingga hari ini kesemua mereka telah diasingkan di bilik isolasi dan diberikan rawatan oleh doktor Hospital Bentong yang datang ke sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat MRSM Bentong hari ini.

Liow berkata, daripada lapan sampel tekak yang diambil mendapati kesemuanya positif H1N1 manakala 15 daripada 35 pelajar terbabit diberikan rawatan antiviral dan selebihnya diberikan rawatan simptomatik.

Katanya, virus kluster ILI di MRSM Bentong dipercayai dibawa masuk oleh orang luar yang datang menyaksikan acara sukan di sekolah berkenaan iaitu seminggu sebelum kes pertama virus itu dikesan.

Menurut Ahli Parlimen Bentong itu, bagi mengelak virus tersebut merebak kepada pelajar lain, pihak pengurusan sekolah mengadakan kawalan ketat menghalang orang ramai daripada mendekati pelajar terbabit.

Pihak sekolah juga katanya, turut membuat pengasingan kes, memberikan pendidikan kesihatan kepada 808 pelajarnya seperti kebersihan diri ketika batuk, mengedar risalah dan pemberian rawatan simptomatik oleh pasukan perubatan.

Beliau berkata, pelajar yang telah sembuh daripada simptom kluster ILI dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selama seminggu dan mereka dinasihatkan supaya terus berada di rumah dan tidak keluar ke tempat awam.

Katanya, sehingga hari ini perkembangan H1NI menunjukkan 13,451 influenza A telah dilaporkan dan mencatatkan 80 kematian di seluruh negara.

"Jumlah kes ILI yang masih mendapat rawatan di wad ialah 543 kes dan daripada jumlah itu 55 kes telah disahkan positif H1N1 serta sembilan kes masih dirawat di wad kecemasan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan