Kemasukan Artis Luar Negara Jana Pendapatan: Rais

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemasukan artis luar negara ke Malaysia untuk membuat penggambaran filem serta persembahan hiburan melalui sistem Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) membantu menjana pendapatan negara menerusi industri hiburan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, tahun lepas Puspal telah menjana pendapatan berjumlah RM4.739 juta melalui cukai pegangan dan RM2.705 juta melalui bayaran Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK).

Katanya, kira-kira 8,000 artis serta krew pembikinan filem dan konsert telah datang ke Malaysia menerusi sistem Puspal sepanjang tahun lepas.

Berucap ketika melancarkan buku Garis Panduan Puspal Edisi 2010 di Finas di sini, Rais berharap dengan kemasukan artis luar ini, industri tempatan dapat bersaing dan mengambil contoh teknik yang sering digunakan oleh mereka dalam usaha membantu meningkatkan kualiti industri hiburan tanah air.

Rais berkata, edisi Puspal 2010 merupakan cetakan ketiga setelah proses penambahbaikan dilakukan dari cetakan pertama pada 2005 dan cetakan kedua pada 2007.

Katanya, pihak kementerian telah mengadakan perjumpaan dengan penganjur, ejen atau penaja bengkel yang melibatkan persatuan seni dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menghasilkan satu garis panduan yang lebih jelas dan menyeluruh.

"Pada satu ketika dulu, Puspal didapati kurang telus, atau berketrampilan ...setelah teguran demi teguran diterima, maka Puspal disusun semula dalam kementerian ini.

"Antara penambahbaikan dalam edisi ini adalah tafsiran, penubuhan jawatankuasa rayuan, larangan mengadakan persembahan, penalti dan hukuman, arahan-arahan am sebelum, semasa dan selepas persembahan serta pertukaran artis," katanya.

Rais berkata, kenaikan mendadak permohonan dari tahun 2002 ke tahun 2009 sebanyak 105 peratus daripada 782 pemohonan kepada 1,610 pemohonan juga merupakan faktor pengkajian semula Puspal bagi memastikan ia terus relevan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan