Seorang Lelaki Maut Ditikam Selepas Disamun

Diterbitkan: Isnin, 26 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati dengan satu kesan tikaman di bahagian betis kaki kanan selepas dipercayai disamun oleh dua lelaki di Batu 2 3/4, Jalan Ipoh di sini, awal pagi tadi.

Chui Fook Lam, 32, ditemui orang ramai dalam keadaan terdampar dengan berlumuran darah di bahagian kakinya di tepi jalan di hadapan sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata kejadian berlaku antara pukul 6 dan 7 pagi ketika mangsa yang berasal dari Alor Setar, Kedah, sedang meneliti satu dokumen di dalam sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton di hadapan bank tersebut.

"Berdasarkan maklumat seorang saksi yang melihat kejadian itu, terdapat pergelutan di dalam kereta itu antara mangsa dan dua suspek lelaki India berusia awal 30-an.

"Kemudian mangsa ditolak keluar dari kereta tersebut dan terdampar di jalan dengan berlumuran darah di bahagian kaki mangsa manakala suspek bertindak melarikan kereta tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Zakaria berkata ketika siasatan pihaknya turut menjumpai lesen kereta milik mangsa dan sarung pisau berukuran kira-kira enam inci dipercayai milik suspek.

"Melihat dari dokumen yang dijumpai, kereta yang dilarikan adalah milik mangsa dengan nombor pendaftaran PJJ 600 dan kejadian itu juga kemungkinan bermotifkan kegiatan dadah," katanya.

Beliau meminta orang awam yang menyaksikan kejadian agar tampil memberi maklumat untuk membantu pihaknya menyelesaikan kes ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan