Ahli Perniagaan Cerita Kejadian Tembak Perompak

Diterbitkan: Isnin, 26 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: "Saya buka pintu bilik perlahan-lahan, nampak semua (perompak) pakai tutup kain, saya tembak, kena seorang, lepas itu saya tembak lagi, kena lagi seorang, mereka kemudian terjun ikut tingkap.

Saya tembak lagi dua das tetapi tidak kena sesiapa," kata seorang ahli perniagaan semasa menceritakan tentang kejadian di banglo penginapannya di sebuah resort di sini awal pagi Isnin.

Ekoran kejadian itu polis menahan seorang lelaki yang cedera akibat tembakan, dan sedang memburu tiga lagi yang bebas, termasuk seorang yang cedera akibat terkena tembakan.

Ketua Polis Melaka SAC I Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata dua daripada empat perompak yang dipercayai dari kumpulan penjenayah "Geng Subuh" itu cedera kerana terkena tembakan dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu.

Beliau berkata polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 30an berasal dari Jawa Timur yang cedera terkena tembakan di tangan kiri, tidak jauh dari tempat kejadian.

Bercakap kepada pemberita di sini beliau berkata, polis percaya dua lagi suspek, salah seorang daripadanya cedera terkena tembakan, masih berada dalam hutan berdekatan tempat kejadian manakala seorang lagi melepaskan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Rodwan berkata pihaknya turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan dan akan mendapatkan bantuan dari Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengesan suspek "Geng Subuh" itu, yang semuanya dipercayai warga Indonesia.

Beliau seterusnya meminta semua klinik dan pusat perubatan melaporkan kepada polis sekiranya terdapat pesakit yang mencurigakan yang datang untuk mendapatkan rawatan, terutama yang mengalami kecederaan akibat terkena tembakan.

Katanya Geng Subuh merupakan sebuah kumpulan yang dikenal pasti sebagai kumpulan yang dikehendaki polis kerana melakukan rompakan di kawasan berhampiran sebelum ini dan pihak polis menubuhkan sebuah unit khas untuk mengesan kumpulan itu.

Mohd Rodwan berkata kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.

Sementara itu ahli perniagaan berusia 60 tahun itu yang juga ketua platun Ikatan Relawan Rakyat (Rela) berkata, beliau terus mencapai senapang patah miliknya dan bergegas ke bilik berkenaan selepas terdengar suara beberapa lelaki asing dalam salah satu bilik di tingkat atas banglo penginapannya itu.

Menurutnya tiga anggota keluarganya berada dalam banglo itu ketika kejadian, dan beliau bersyukur kerana semua mereka terselamat dalam kejadian itu.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan