Zaid Akur Kehendak Pengundi Tapi Bagi Macam-Macam Alasan

Diterbitkan: Ahad, 25 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akur dengan kekalahannya pada pilihan raya kecil Parlimen P 094 Hulu Selangor hari ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan berasa puas hati sekiranya rakyat merasakan mereka tidak tertipu dengan keputusan malam ini.

“Apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya ketika berucap dihadapan 300 penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Baru di sini.

Beliau mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan penipuan dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.

“Saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya yang kelihatan tenang ketika menyampaikan ucapan.

Beliau berharap pengundi di Hulu Selangor akan dapat memahami dan menerima perjuangannya nanti.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat Dap, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua.

Rata-rata penyokong yang hadir terdiri daripada golongan muda yang bersorak ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat, Hidup-hidup, Hidup Keadilan’.

Sementara itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat tidak seharusnya menyerah kalah dan mereka akan kembali berjuang pada pilihan raya kecil Sibu tidak lama lagi.

Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan calonnya, P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sementara Zaid hanya mendapat 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1725 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.15 malam tadi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan