Sultan Perak Mahu Penguatkuasaan Undang-Undang Jalan Raya Dipertingkatkan

Diterbitkan: Ahad, 25 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah penguatkuasaan undang-undang jalan raya perlu dilaksanakan dengan lebih serius, tegas, konsisten dan sepanjang masa bagi meminimumkan kejadian kemalangan.

"Setiap warga mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan dirinya, keselamatan anggota keluarganya dan juga keselamatan orang lain.

"Amat mendukacitakan bila media menyiarkan berita kemalangan yang meragut banyak nyawa...namun beta sendiri menyaksikan ketika berada di jalan raya, kenderaan persendirian begitu juga kenderaan awam masih dipandu melebihi had laju ditetapkan," titah baginda pada majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai di sini hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja DiHilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Titah baginda pendekatan pencegahan hendaklah dipertingkat sebagai usaha menyemai rasa kesedaran dan bertanggungjawab di kalangan orang ramai melalui kempen kesedaran keselamatan di jalan raya.

"Sekolah, institusi pendidikan, institusi keluarga, badan-badan sukarela, masjid serta rumah-rumah ibadat dan media berperanan penting menyemaikan nilai-nilai kesedaran dan nilai-nilai tanggungjawab supaya kemusnahan, kerosakan dan kemalangan dapat diminimumkan," titah Sultan Perak.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Zambry berkata sebanyak tiga buah lagi Balai Bomba akan dibina di Perak melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai yang menelan kos RM7.4 juta adalah balai bomba yang ke-28 di Perak dan dilengkapi kuarters bagi kemudahan anggotanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan