Gempa Bumi Kuat Landa Halmahera, Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 25 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Halmahera, Indonesia pada 3.41 petang semalam.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyebut pusat gempa itu terletak di 1.9 darjah selatan dan 128.2 darjah timur, kira-kira 206km utara Ambon, dan 1,314km tenggara Tawau, Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan