Aishah Buat Persiapan Perkahwinan

Diterbitkan: Ahad, 25 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wan Aishah Wan Nawawi dan suami, Alee Tongyun. – Foto Ihsan Utusan
Wan Aishah Wan Nawawi dan suami, Alee Tongyun. – Foto Ihsan Utusan

PHUKET: Pengantin baru, Wan Aishah Wan Nawawi semalam ‘turun padang’ membantu kerja-kerja persiapan akhir majlis perkahwinannya yang akan berlangsung di pekarangan Masjid Kampung Tambon Kemala, di sini hari ini.

Dalam suasana santai Wan Aishah bersama sepupu dan ibu saudaranya menyusun gambar-gambarnya dan suami yang berpakaian pengantin dalam pelbagai gaya untuk tatapan para tetamu.

“Gambar yang digantung di sebelah pentas utama itu memang dikhaskan untuk dilihat oleh tetamu yang datang ke majlis perkahwinan Wan Aishah esok (hari ini). Ia menjadi kemestian di dalam masyarakat kampung ini untuk dipamerkan,” kata bapa Wan Aishah, Wan Nawawi Wan Hashim kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Wan Nawawi, seorang pengacara akan mengendalikan majlis perkahwinan tersebut yang akan bermula seawal pukul 9 pagi sehingga lewat petang.

“Kerja-kerja memasak akan bermula pada pukul 4 pagi dilakukan oleh penduduk kampung ini secara gotong-royong mengikut tradisi masyarakat Melayu di sini,” tambah Wan Nawawi.

Sementara itu, hampir 50 penduduk kampung terdiri daripada lelaki dan wanita serta remaja turut sama membuat persiapan untuk menjayakan majlis perkahwinan generasi ketujuh Mahsuri itu.

Sejak pukul 9 pagi kerja-kerja seperti menyiang sayur dan mendirikan khemah serta menyusun kerusi meja telah dilakukan.

Sementara itu Samart Samalaeh, 66, kenalan keluarga Wan Aishah berkata, penduduk Kampung Kemala di sini masih mengekalkan tradisi gotong-royong yang menjadi amalan nenek moyang mereka.

Sehubungan itu mana-mana penduduk kampung yang ingin mengadakan kenduri atau majlis perkahwinan tidak perlu bimbang kerana penduduk di sini sentiasa menghulurkan bantuan untuk sama-sama menjayakan majlis berkenaan.

Azizah Samat, 49, turut bangga kerana kaum wanita kampung turut memberikan kerjasama dalam setiap program dan majlis yang diadakan di kampung tersebut.

“Apabila ada majlis kenduri atau perkahwinan kami akan datang beramai-ramai untuk membantu setakat yang boleh,” kata Azizah yang bapanya berasal dari Johor Bahru.

Majlis perkahwinan Wan Aishah dan pasangannya Alee Tongyun akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Kemala dengan jemputan sekitar 700 orang.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan