Tiada Lagi Sikap Lebih Kurang - Najib - Berita Semasa | mStar

Tiada Lagi Sikap Lebih Kurang - Najib

Diterbitkan: Selasa, 20 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia membuang sikap "lebih kurang" dan berusaha untuk mencontohi sikap orang Jepun untuk menjadi satu masyarakat yang teliti bagi membolehkan Malaysia menjadi negara maju.

Najib berkata demikian semasa berucap menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran oleh Universiti Meiji di sini Selasa.

Perdana Menteri berkata sebelum majlis penganugerahan itu, beliau telah ditanya mengenai apakah yang difikirkannya adalah kualiti utama masyarakat Jepun.

Beliau berkata: "Saya berfikir satu ketika dan mengungkapkan perkataan "teliti" kerana orang Jepun merupakan satu masyarakat yang bersifat amat teliti."

Katanya menjadi teliti dan tepat amat penting dalam kemajuan sains dan teknologi dan ia juga nilai penting yang berkekalan.

Memberikan contoh program lawatannya, beliau berkata: "Semuanya sempurna, itulah sebabnya saya mahu rakyat Malaysia juga menjadi satu masyarakat yang bersifat teliti."

Perdana Menteri berkata ungkapan "lebih kurang" dalam Bahasa Malaysia adalah "tidak sinonim dengan hasrat kita untuk menjadi satu masyarakat yang bersifat teliti".

"Tidak boleh 'lebih kurang', kita mesti lebih teliti dan tepat," tegas Najib. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan