Raja Petra, P.Bala Tidak Layak Dilindungi Sebagai Pemberi Maklumat

Diterbitkan: Selasa, 20 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam, tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sekiranya diluluskan kelak. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, kedua-dua individu itu tidak termasuk dalam kategori pemberi maklumat mengikut akta tersebut kerana telah mendedahkan identiti mereka kepada umum.

"Kedua-duanya bukanlah pemberi maklumat, mereka telahpun mendedahkan identiti mereka dan telah memaklumkan kepada dunia siapa mereka.

"Pemberi maklumat ini kita tidak tahu identitinya yang memaklumkan kepada agensi penguatkuasa," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan. Beliau berkata, berdasarkan rang undang-undang itu, mana-mana pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat mengenai kelakuan tidak wajar seseorang terlebih dahulu kepada pihak luar, termasuk media, akan hilang kelayakan untuk dilindungi di bawah akta berkenaan.

Katanya, seseorang pemberi maklumat hanya akan dilindungi semasa beliau membuat sesuatu pendedahan kepada pihak berkuasa tetapi hak tersebut akan hilang jika pendedahan sama dibuat kepada media termasuk blog.

"Ini bertujuan untuk melindungi orang yang mengadu dan juga pihak yang diadu sebelum siasatan dijalankan kerana berkemungkinan maklumat itu tidak benar," katanya ketika menjelaskan isu yang dibangkitkan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada sesi perbahasan sebelumnya.

Beliau berkata selain pendedahan maklumat, mana-mana individu yang didapati memberi maklumat palsu juga turut dibatalkan hak mendapat perlindungan.

Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang melakukan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu persidangan dewan turut meluluskan Rang Undang-Undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 2010. Persidangan dewan bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan