Dua Beranak Maut Selepas Kereta Terjunam Dalam Longkang

Diterbitkan: Selasa, 20 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang ibu dan anak perempuannya dipercayai lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang besar di persimpangan Jalan Plumbum 7/100, Persiaran Permai Seksyen 7 di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai M. Kamalam, 56, dan anaknya P. Kanagapusanam, 34, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt M. Chandrasehkaran berkata kejadian berlaku pukul 10.30 pagi ketika dua beranak itu menaiki Proton Wira dikatakan sedang dalam perjalanan ke arah pusat bandar Shah Alam dari arah I-City di sini.

Bagaimanapun setibanya mereka di Persiaran Permai berhampiran pintu masuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) kereta mangsa dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berumur sekitar 20-an.

Pergeselan itu dipercayai menyebabkan Kanagapusanam yang memandu kereta itu hilang kawalan dan terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang besar sedalam tiga meter yang dipenuhi air.

Keadaan longkang yang dalam menyebabkan orang ramai yang berada di tempat kejadian tidak dapat membantu membawa keluar kedua-dua mangsa yang dipercayai tersepit dalam kereta, katanya.

"Pemandu dan penumpang kereta dipercayai mati akibat lemas manakala penunggang motosikal pula cedera parah dan dihantar ke HTAR untuk rawatan," katanya kepada pemberita di sini.

Chandrasehkaran berkata mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan kemudian dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dipanggil ke tempat kejadian.

Kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan punca sebenar kemalangan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan