Anugerah Untuk Rakyat Malaysia Bernama Muammar Gaddafi - Berita Semasa | mStar

Anugerah Untuk Rakyat Malaysia Bernama Muammar Gaddafi

Diterbitkan: Selasa, 20 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang dinamakan sempena nama pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan diberi anugerah pada majlis Kesatuan Pelajar-Pelajar Libya di Malaysia di Universiti Pertanian Malaysia Sabtu ini.

Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Libya di Malaysia Issa Mokhtar dalam kenyataan pada Selasa berkata anugerah itu akan diberikan pada majlis jamuan tahunan pada pukul 7.30 malam sempena menyambut Hari Pelajar-Pelajar Libya di seluruh dunia.

Mereka yang bernama Muammar Gaddafi boleh menghubungi Issam melalui talian 019-3108400. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan