21,611 Unit PPR Layak Dijual Kepada Penghuni

Diterbitkan: Selasa, 20 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21,611 daripada 29,562 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berada di bawah kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah layak ditawarkan untuk jualan kepada penghuni sedia ada, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu Isnin.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata sebanyak 7,951 unit masih belum layak dijual di mana 2,056 unit masih kosong tanpa berpenghuni dan 4,740 unit masih belum diserahkan kepada DBKL oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebanyak 1,155 unit lagi diduduki oleh setinggan transit yang tidak layak untuk menerima tawaran.

Beliau berkata daripada 21,611 orang penghuni sedia ada yang telah ditawarkan untuk membeli unit PPR yang sedang diduduki, hanya 14,450 orang penghuni sahaja yang menyatakan minat untuk membeli.

"Jawatankuasa Pemilihan telah mengenalpasti sejumlah 10,159 penghuni yang menepati syarat dan layak ditawarkan manakala 4,013 adalah layak bersyarat kerana mempunyai tunggakan sewa melebihi tiga bulan.

"Baki 278 permohonan lagi sedang dalam proses mendapatkan kelulusan," katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang ingin tahu langkah DBKL menjual unit PPR, jumlah unit yang dijual dan tidak boleh dijual kerana penyewa tidak mampu mematuhi syarat penjualan.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata pada masa kini, belum ada sebarang keputusan terhadap rayuan penyewa Perumahan Awam (PA) DBKL untuk membeli unit PA yang tidak tersenarai untuk dijual.

"Namun demikian, bagi mereka yang berminat untuk membeli unit PA di kawasan lain yang tersenarai dalam program penjualan, DBKL bersedia untuk menimbangkan permohonan tersebut dan ia tertakluk kepada kekosongan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan